Tentang Kami

Gleneagles Hospital Kota Kinabalu menawarkan penjagaan kesihatan bertaraf dunia bagi
pesakit antarabangsa di Sabah. Dengan kumpulan doktor dan pakar berbilang disiplin yang
menyediakan berbagai perkhidmatan, Gleneagles Kota Kinabalu
turut diiktiraf oleh Persatuan Kualiti Kesihatan Malaysia (MSQH), yang memastikan semua pesakit
menerima standard perkhidmatan dan penjagaan pesakit yang tertinggi.
Gleneagles Hospital Kota Kinabalu menawarkan penggunaan teknologi dan prosedur perubatan yang paling
terkini seperti:
Pusat kardiovaskular dan paru-paru - pusat 24 jam 7 hari seminggu, yang menyediakan perkhidmatan
kardiak, paru-paru dan vaskular yang menyeluruh bagi pesakit dewasa dan kanak-kanak. Pusat ini
dilengkapkan dengan sebuah teater kardiak dan torasik khusus
di samping unit penjagaan rapi.
Pusat otak dan saraf - pusat 24 jam 7 hari seminggu, yang dilengkapi pasukan di hospital yang
bersedia untuk merawat pesakit yang mengalami kecederaan otak, epilepsi, gangguan tidur, strok,
serta masalah leher dan tulang belakang. Pusat ini turut menawarkan
Terapi Rangsangan Otak melalui Rangsangan Magnetik Transkranial berulang (rTMS).
Mengenai IHH Healthcare
IHH merupakan penyedia perkhidmatan penjagaan kesihatan multinasional terkemuka yang komited dalam membentuk masa depan penjagaan kesihatan. Berpandukan aspirasi “Care. For Good.”, kami menggabungkan kecemerlangan perubatan dengan inovasi, sambil terus melangkaui batas melalui jenama dipercayai seperti Acibadem, Gleneagles, Fortis, Island Hospital, Mount Elizabeth, Pantai, Parkway dan Prince Court.
Di 10 buah negara termasuk Malaysia, Singapura, Turkiye, India dan Greater China, tenaga kerja kami seramai lebih 70,000 orang memberikan perkhidmatan bertaraf dunia setiap hari, merangkumi lebih daripada 140 fasiliti penjagaan kesihatan termasuk lebih 80 hospital.
Di Malaysia, IHH mengendalikan 18 hospital dengan kira-kira 3,500 katil di bawah jenama seperti Gleneagles, Island Hospital, Pantai, Prince Court dan Timberland Medical Centre. Disokong oleh perkhidmatan sampingan seperti Premier Integrated Labs, Premier Integrated Rehab serta klinik penjagaan primer di bawah Twin Towers Medical Centre, lebih 15,000 kakitangan dan 1,500 pakar kami menyediakan penjagaan menyeluruh merangkumi perkhidmatan primer, pesakit luar, hingga ke peringkat tertiari dan kuaternari, disertai dengan diagnostik dan rehabilitasi.
Bersama rakan strategik, IHH terus memacu penjagaan kesihatan berasaskan nilai, membina ekosistem yang mampan dan memberi impak yang bermakna kepada masyarakat. Kami komited untuk menjadi rangkaian perkhidmatan kesihatan yang paling dipercayai di dunia.
www.ihhhealthcare.com
CEO Kami
Dr Kelvin Ch’ng
Ketua Pegawai Eksekutif,
Gleneagles Hospital Kota Kinabalu
Dr Kelvin Ch’ng ialah Ketua Pegawai Eksekutif Hospital Gleneagles Kota Kinabalu dan Pusat Perubatan Timberland yang menyelia operasi dan rancangan pembesaran untuk hospital IHH Healthcare Malaysia ini di Malaysia Timur.
Dr Kelvin mempunyai lebih 17 tahun pengalaman dalam penjagaan kesihatan.
Beliau menyertai Hospital Pantai Pulau Pinang sebagai pegawai perubatan pada 2012 dan dinaikkan pangkat sebagai Ketua Hal Ehwal Perubatan dan Kualiti pada 2015 dan seterusnya menjadi Pengurus Operasi pada 2017.
Pada 2018, beliau dilantik sebagai Ketua Pegawai Operasi di Hospital Pantai Laguna Merbok dengan tugas untuk menyelia hospital yang baru diambil alih. Di bawah kepimpinan Dr Kelvin, Hospital Pantai Laguna Merbok menggandakan lebih daripada dua kali ganda bilangan katil berlesennya yang membolehkan mereka untuk memberikan perkhidmatan kepada lebih ramai pesakit.
Sebelum menyertai IHH Healthcare Malaysia, Dr Kelvin ialah seorang pegawai perubatan pelatih di Hospital Besar Pulau Pinang dan Pegawai Perubatan di Hospital Sungai Bakap.