Urologi ialah satu bidang perubatan yang memberi tumpuan kepada saluran kencing bagi lelaki dan wanita, serta sistem reproduktif lelaki. Pakar urologi ialah doktor yang terlatih untuk mendiagnosis, merawat dan mengurus pelbagai jenis gangguan urologi seperti masalah buah pinggang, kelenjar adrenal, ureter dan pundi kencing serta masalah yang melibatkan sistem reproduktif lelaki.
Pakar Urologi di Hospital Gleneagles Pulau Pinang boleh mendiagnosis beberapa keadaan melalui kaedah-kaedah ini:
Prosedur sistoskopi mungkin disyorkan untuk menyiasat masalah pada pundi kencing atau saluran kencing. Prosedur ini menggunakan kanta pada tiub panjang yang nipis untuk membolehkan pemeriksaan yang lebih jelas dan terperinci terhadap uretra dan pundi kencing.
Sampel urin anda akan dihantar ke makmal untuk dianalisis dan sebarang petunjuk jangkitan seperti jumlah sel darah putih yang tinggi serta kehadiran bakteria akan direkodkan. Untuk mengurangkan pencemaran pada sampel anda, anda mungkin diminta membersihkan kawasan genital dan mengumpul urin pada separa aliran sahaja.
Pertumbuhan kultur bakteria di bawah keadaan makmal boleh digunakan bersama dengan urinalisis. Ujian ini boleh membantu mengesan jenis bakteria yang menyebabkan jangkitan sekali gus membolehkan pakar anda menentukan rawatan yang sesuai.
Ujian pengimejan seperti Ultrasound, Imbasan CT dan MRI boleh digunakan untuk mengesan masalah pada buah pinggang, pundi kencing atau prostat. Ini membolehkan pakar anda menilai sama ada saluran urin anda menunjukkan sebarang tanda ketidaknormalan. Kadangkala pewarna kontras digunakan sebelum ujian pengimejan untuk membantu menonjolkan struktur saluran urin.
Keadaan dan simptom urologi adalah pelbagai dan sering kali boleh disalahdiagnosis. Oleh itu, saringan menyeluruh disyorkan untuk mengenal pasti dan merawat keadaan dengan tepat. Doktor anda biasanya akan mengemukakan soalan berkaitan simptom anda, melakukan pemeriksaan fizikal, dan akhirnya mencadangkan ujian tambahan jika dianggap perlu.
Biasa dialami oleh lelaki yang lebih tua, prostat mungkin menjadi lebih besar daripada biasa, seterusnya memberi tekanan pada uretra. Sesetengah orang mungkin mengalami aliran urin yang lemah atau kerap terjaga untuk membuang air kecil.
Kerana uretra tersepit, pundi kencing seseorang terpaksa bekerja dua kali ganda, menyebabkan otot menjadi lemah dari semasa ke semasa.
Simptom Aliran (Masalah semasa kencing):
Simptom Penyimpanan (Masalah menyimpan air kencing):
Disfungsi Ereksi merujuk kepada ketidakupayaan lelaki untuk mendapatkan ereksi yang cukup keras bagi melakukan hubungan seksual, disfungsi ereksi boleh berlaku akibat gabungan masalah fizikal dan psikologi. Jika berterusan, ia juga mungkin menandakan risiko bagi diabetes dan penyakit jantung.
Sila rujuk doktor anda jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai ereksi atau jika anda mengalami masalah seksual lain, seperti ejakulasi pramatang atau lambat.
Walaupun namanya sedemikian, ia adalah keadaan yang agak biasa dan berkembang secara perlahan, terkandung di dalam prostat pada peringkat awal. Kebanyakan lelaki yang mempunyai kanser prostat mungkin boleh hidup bertahun-tahun tanpa menunjukkan sebarang masalah.
Walau bagaimanapun, jika tumor mula merebak melebihi prostat, ia boleh menyebabkan penyumbatan pada tisu sekeliling, yang mengakibatkan simptom-simptom berikut:
Kehilangan kawalan pundi kencing boleh menjadi masalah biasa dan berbeza-beza, daripada kebocoran sekali-sekala akibat bersin atau batuk hingga rasa mendesak untuk kencing yang tiba-tiba dan sukar ditahan.
Inkontinens urinari juga tidak semestinya sebahagian daripada proses penuaan, kerana perubahan gaya hidup yang mudah atau rawatan perubatan boleh membantu mengatasi ketidakselesaan atau menghentikan kebocoran air kencing.
Pengumpulan mineral dan garam yang terbentuk di dalam buah pinggang boleh mengeras dan menjadi batu karang. Ini biasanya berlaku apabila urin anda terlalu pekat dan menyebabkan penghabluran mineral dan garam tersebut. Mengeluarkan batu karang mungkin agak sakit, tetapi ia biasanya tidak memudaratkan jika dikesan awal.
Walau bagaimanapun, jika batu karang tersangkut dalam saluran kencing, ia boleh menyebabkan komplikasi lanjut seperti jangkitan atau kegagalan buah pinggang.
Meskipun tidak menunjukkan apa-apa simptom dengan sendirinya, anda mungkin merasakannya apabila ia mula bergerak di sekitar buah pinggang atau ketika ia melalui ureter. Simptom batu karang pada peringkat lanjut termasuk:
Apabila bakteria dalam sistem pencernaan bersentuhan dengan uretra, mikrob ini akan mematahkan pertahanan semula jadi badan, dan mengakibatkan kesakitan dan jangkitan. Jika tidak dirawatan, jangkitan ini boleh merebak kepada buah pinggang dan menyukarkan lagi rawatan baginya. Sesiapa sahaja boleh mendapat jangkitan saluran urinari walaupun ia lebih kerap berlaku kepada wanita.
Simptom jangkitan saluran urinari termasuk:
Kanser Pundi Kencing biasanya berlaku apabila sel-sel dalam pundi kencing mula membesar dengan cepat dan tidak terkawal. Apabila sel yang mencukupi dihasilkan, tumor akan terbentuk dan boleh merebak ke bahagian lain dalam badan. Biasanya, kanser ini bermula dalam urothelium, iaitu lapisan pundi kencing yang paling dalam. Apabila ia merebak, ia sering menyerang nodus limfa, hati atau paru-paru.
Simptom kanser pundi kencing termasuk:
Kebanyakan ujian saringan berguna bagi mereka yang mengalami mana-mana simptom di atas. Memandangkan faktor genetik memainkan peranan yang penting, kami menasihati mereka yang mempunyai sejarah keluarga berkaitan penyakit urologi untuk menjalani saringan sebaik sahaja simptom muncul, kerana jangkitan hanya akan bertambah teruk. Saringan adalah lebih penting bagi mereka dengan masalah urologi yang berpanjangan dan berulang.
Saringan keadaan urologi mungkin merangkumi jenis ujian berikut:
Walaupun antibiotik atau antimikrob mungkin berkesan dengan membunuh bakteria penyebab jangkitan, pelbagai kaedah rawatan lain mungkin disyorkan bergantung kepada keadaan individu dan keterukan simptom mereka. Pakar anda mungkin membincangkan beberapa kaedah untuk membantu anda memilih rawatan yang terbaik. Mereka juga akan menyarankan perubahan gaya hidup tertentu seperti banyakkan minum air untuk mengeluarkan bakteria. Ubat penahan sakit mungkin diberikan untuk membantu mengurangkan ketidakselesaan, manakala penggunaan pad pemanas juga boleh dicadangkan untuk melegakan sakit perut atau belakang. Matlamat kami di Hospital Gleneagles Pulau Pinang adalah untuk membantu anda kembali menjalani gaya hidup dan aktiviti harian dengan normal. Pilihan rawatan yang disenaraikan di bawah ini bergantung pada keadaan dan sejarah kesihatan individu.
Rawatan bergantung pada umur, keterukan BPH dan kesihatan umum pesakit.
Pilihan rawatan bagi keadaan urologi termasuk:
Urinalisis, yang melibatkan pemeriksaan urin untuk tanda-tanda jangkitan, akan dijalankan.
Jangkitan saluran urin biasanya dirawat dengan antibiotik. Tempoh rawatan bargantung pada keterukan simptom. Terdapat kaedah lain yang boleh digunakan bersama rawatan antibiotik untuk melegakan kesakitan, seperti:
Rawatan antibiotik selama tiga hari biasanya mencukupi untuk menghapuskan jangkitan saluran kencing bagi pesakit yang sihat. Jika jangkitan telah merebak ke buah pinggang, antibiotik perlu diambil untuk tempoh yang lebih lama.
Rawatan batu karang bergantung kepada jenis batu dan penyebabnya.
Bagi batu karang yang kecil, minum air, mengambil ubat penahan sakit atau ubat dikenali sebagai alpha blocker untuk merehatkan otot dalam ureter anda, boleh membantu anda mengeluarkan batu karang tanpa memerlukan rawatan invasif lanjut.
Bagi batu yang lebih besar atau batu yang menyebabkan simptom, pilihan rawatan termasuk:
Rawatan kanser pundi kencing berbeza-beza dengan ketara bergantung pada peringkat penyakit. Kanser peringkat awal yang tidak menyerang otot mungkin melibatkan rawatan kurang invasif seperti reseksi transuretra (TURBT) diikuti dengan kemoterapi di dalam pundi kencing. Bagi kanser peringkat lanjut yang menyerang otot, pilihan rawatan termasuk pembedahan untuk membuang pundi kencing (sistektomi) atau gabungan kemoterapi dan radioterapi.
Rawatan disfungsi ereksi bergantung kepada punca dan keadaan kesihatan keseluruhan pesakit. Terdapat pelbagai pilihan rawatan yang tersedia:
Rawatan inkontinens urinari bergantung kepada jenis, keterukan, dan puncanya.
Inkontinens urinari akut yang disebabkan oleh batu karang, jangkitan atau kesan sampingan ubat selalunya hilang apabila masalah puncanya dirawat. Pilihan rawatan inkontinens urinari lain termasuk:
Tertakluk kepada keadaan pesakit, gabungan terapi-terapi ini mungkin diperlukan dan rawatan disesuaikan untuk memenuhi keperluan individu.
Rawatan kanser prostat disesuaikan untuk memenuhi keperluan individu, bergantung kepada peringkat kanser dan kesihatan pesakit. Tidak semua kes memerlukan rawatan segera, tetapi apabila perlu, matlamatnya adalah untuk menguruskan penyakit dengan berkesan bagi meminimumkan kesan terhadap jangka hayat dan kualiti hidup.
Rawatan dikendalikan oleh pasukan pelbagai disiplin pakar, termasuk pakar bedah, pakar onkologi, dan jururawat, yang mengambil kira faktor seperti jenis, saiz, dan penyebaran kanser.
Bagi kes yang memerlukan pembedahan, sistem pembedahan robotik da Vinci Xi telah merevolusikan prosedur urologi, terutamanya dalam rawatan kanser prostat. Teknologi canggih ini membolehkan pakar bedah melakukan prostatektomi radikal secara minima invasif dengan ketepatan yang lebih tinggi, yang berpotensi menghasilkan keputusan yang lebih baik dan masa pemulihan yang lebih cepat bagi pesakit yang mengalami simptom-simptom ini.
Pilihan rawatan merangkumi pemantauan teliti bagi kanser yang kurang agresif hingga pembedahan dan radioterapi bagi peringkat yang lebih lanjut. Rawatan terbaru yang kurang invasif seperti HIFU dan krioterapi juga tersedia, tetapi masih dikaji dari segi keberkesanan jangka panjang.
Bagi kanser peringkat lanjut, rawatan bertujuan untuk memanjangkan hayat dan melegakan simptom, menggunakan kemoterapi, rawatan hormon, dan terapi terkini. Terapi hormon, yang sering digunakan bersama rawatan lain, menyasarkan testosteron untuk melambatkan pertumbuhan kanser. Pemilihan rawatan mengimbangi keberkesanan dengan kualiti hidup, sentiasa mengambil kira keutamaan dan keadaan kesihatan pesakit.
Ketahui lebih lanjut tentang Pembedahan Robotik dalam Urologi.
Temui pakar urologi terbaik di Hospital Gleneagles Pulau Pinang, sebuah pasukan profesional berdedikasi yang menawarkan penjagaan canggih dan pilihan rawatan yang diperibadikan untuk pelbagai keadaan urologi.
Wait a minute
Wait a minute