Farmasi Pandu Lalu



Soalan Lazim

1. Bagaimana saya mendaftar untuk perkhidmatan farmasi pandu lalu?

Anda boleh mendaftar untuk perkhidmatan farmasi pandu lalu dengan mengimbas kod QR yang terdapat pada salinan sah preskripsi anda. Kod QR juga terdapat pada poster, risalah, dan laman web rasmi kami.

2. Adakah saya perlu mengimbas kod QR setiap kali saya memohon perkhidmatan pandu lalu?

Tidak perlu. Kod QR hanya untuk pendaftaran baharu. Jika anda pernah menggunakan perkhidmatan pandu lalu sebelum ini, anda boleh terus hubungi kami melalui WhatsApp (+6012 682 8582) dan kami akan uruskan permintaan anda.

3. Bolehkah saya mengambil ubat bagi pihak orang lain melalui pandu lalu?

Ya. Anda boleh mengambil ubat bagi pihak orang lain melalui pandu lalu. Kami memerlukan preskripsi asal/salinan sah preskripsi pesakit semasa pengambilan. Selain itu, individu yang mengambil ubat perlu menulis nama, nombor pengenalan dan paraf di belakang preskripsi seperti diminta oleh staf farmasi kami.

4. Apakah barangan yang boleh diperoleh melalui farmasi pandu lalu?

Anda boleh mendapatkan apa-apa ubat yang telah dipreskripsikan oleh doktor dan untuk kegunaan jangka panjang. Sila semak dengan ahli farmasi kami di kaunter atau hubungi kami melalui:

Telefon: +603-41413607

WhatsApp: +6012 682 8582

Email: [email protected]

5. Adakah saya perlu membawa pengenalan diri atau maklumat preskripsi?

Anda hanya perlu membawa preskripsi asal/salinan sah semasa pengambilan ubat di pandu lalu.

6. Bolehkah saya mendapatkan ubat kaunter atau produk kesihatan?

Tidak. Perkhidmatan pandu lalu hanya untuk ubat yang dipreskripsikan oleh doktor di Gleneagles Hospital Kuala Lumpur.

7. Adakah perkhidmatan ini tersedia untuk semua jenis ubat termasuk ubat terkawal?

Ya. Semua ubat berpreskripsi daripada Gleneagles Hospital Kuala Lumpur layak untuk perkhidmatan ini.

8. Berapa lama masa untuk mendapatkan ubat?

Kami akan menghubungi anda melalui WhatsApp dalam masa 3 hari bekerja untuk memberikan slot masa pengambilan. Tiada masa menunggu selagi anda tiba dalam slot tersebut.

9. Adakah terdapat caj tambahan?

Tiada. Perkhidmatan ini adalah percuma.

10. Siapa yang boleh saya hubungi jika ada pertanyaan selepas pengambilan?

Telefon: +603-41413607

WhatsApp: +6012 682 8582

Email: [email protected]

11. Bolehkah saya memohon preskripsi baharu melalui pandu lalu?

Tidak. Permohonan preskripsi baharu mesti dibuat melalui klinik.

12. Adakah terdapat had jumlah ubat?

Tiada had. Kami akan berikan mengikut preskripsi. Pesakit insurans tertakluk kepada had perlindungan mereka.

13. Apakah keperluan insurans atau pembayaran?

Insurans/korporat: Perlukan Surat Jaminan & salinan preskripsi.

Bayaran sendiri: Perlu salinan preskripsi & pembayaran melalui bank sebelum penyediaan ubat.

14. Bolehkah saya memulangkan atau menukar ubat?

Tidak boleh melalui pandu lalu. Sila ke kaunter farmasi.

15. Bolehkah saya dapatkan perkhidmatan hari yang sama?

Untuk kes segera, sila hubungi kami.

Telefon: +603-41413607

WhatsApp: +6012 682 8582

Email: [email protected]

16. Jika hospital masih berhutang ubat kerana stok habis atau pesanan khas?

Boleh. Proses sama, dan anda perlu membawa salinan preskripsi sah.

17. Bagaimana untuk memohon Surat Jaminan?

Melalui portal korporat masing-masing atau hubungi kami untuk semakan perkhidmatan:

Telefon: +603-41413607

WhatsApp: +6012 682 8582

Email: [email protected]

18. Apa berlaku jika saya terlepas slot masa?

Hubungi kami untuk menjadualkan semula berdasarkan slot seterusnya yang tersedia.

Telefon: +603-41413607

WhatsApp: +6012 682 8582

Email: [email protected]

Loading...

Wait a minute

Image Popup
Loading...

Wait a minute

Image Popup