Pembedahan Kardiotorasik: Pembedahan Jantung & Paru-Paru oleh Pakar Bedah Kardiotorasik Terbaik di Pulau Pinang
Apakah itu Pembedahan Kardiotorasik?
Pembedahan Kardiotorasik melibatkan rawatan pembedahan bagi penyakit yang menjejaskan organ di dalam toraks (dada), di mana pakar bedah merawat pelbagai keadaan jantung dan paru-paru. Ini termasuk, tetapi tidak terhad kepada, prosedur seperti pembedahan pintasan jantung dan pembedahan jantung terbuka.
Apakah Tugas Pakar Bedah Kardiotorasik?
Pakar bedah kardiotorasik menjalankan pembedahan pada jantung, paru-paru dan rongga dada. Ini merangkumi prosedur seperti penggantian injap jantung, pemindahan jantung dan rawatan pembedahan bagi kanser paru-paru. Mereka mengkhusus dalam pengurusan keadaan toraks yang kompleks bagi meningkatkan fungsi organ.
Sebagai salah satu hospital terkemuka untuk pembedahan kardiotorasik di Pulau Pinang, Gleneagles Hospital Penang dilengkapi peralatan perubatan canggih dan disokong oleh pasukan multidisiplin yang merangkumi pakar kardiotorasik, pakar kardiologi, jururawat serta pakar penjagaan susulan bagi memastikan penjagaan perubatan yang profesional dan berpengalaman.
Dengan peningkatan kes penyakit jantung yang didorong oleh gaya hidup sedentari, pemakanan yang tidak sihat, tabiat merokok yang berlebihan serta diabetes dan iklim tropika yang panas, kebanyakan pesakit mula mengalami masalah arteri koronari ketika memasuki usia pertengahan empat puluhan.
Pembedahan kardiotorasik merupakan perkembangan terkini dalam bidang pembedahan perubatan yang menggabungkan ketelitian serta pendekatan rapi dalam diagnosis dan rawatan. Setiap pesakit menerima perhatian profesional bertaraf tinggi daripada pasukan perubatan khusus yang disesuaikan mengikut keperluan mereka.
Keadaan Kardiotorasik yang Dirawat oleh Pakar Bedah Kami
Pakar bedah kardiotorasik terlatih untuk mendiagnosis dan merawat pelbagai keadaan yang menjejaskan jantung dan paru-paru. Antara keadaan kardiotorasik yang lazim dirawat ialah:
- Penyakit Arteri Koronari: Penyempitan arteri koronari yang menyebabkan sakit dada (angina), serangan jantung (infark miokard), kegagalan jantung dan/atau aritmia.
- Diseksi Aorta: Koyakan pada lapisan dalam aorta yang selalunya berpunca daripada trauma atau kecederaan.
- Fibrilasi Atrium: Degupan jantung tidak teratur yang boleh membawa kepada komplikasi seperti strok.
- Kegagalan Jantung Kongestif: Keadaan di mana jantung tidak mampu mengepam darah dengan berkesan, selalunya akibat serangan jantung yang berlaku sebelum ini.
- Aneurisme Ventrikel Kiri: Bonjolan pada ventrikel kiri jantung, yang biasanya berlaku selepas serangan jantung.
- Kanser Paru-Paru: Tumor pada paru-paru yang boleh memerlukan pembedahan pembuangan atau rawatan lain.
- Tumor Mediastinum: Tumor pada ruang antara paru-paru yang boleh memerlukan pembedahan pembuangan.
- Aneurisme Aorta Toraks: Pembesaran aorta di bahagian toraks yang boleh mengakibatkan keretakan yang mengancam nyawa jika tidak dirawat.
- Ketidakcukupan Injap Jantung: Keadan di mana injap jantung tidak menutup dengan sempurna, menyebabkan kebocoran aliran darah.
- Stenosis Injap: Penyempitan injap jantung yang menyebabkan gangguan aliran darah.
Antara Gejala Keadaan Jantung Termasuklah
- Kesakitan di bahagian dada, belakang atas atau leher
- Pedih ulu hati
- Loya dan muntah
- Sesak nafas
- Kelesuan atau keletihan
- Palpitasi (degupan jantung laju atau tidak teratur)
Jika anda mengalami mana-mana gejala ini atau mempunyai kebimbangan mengenai kesihatan jantung atau paru-paru anda, adalah penting untuk berjumpa pakar bedah kardiotorasik bagi menjalani penilaian dan rawatan menyeluruh.
Pilihan Saringan untuk Keadaan Kardiotorasik
Pelbagai ujian saringan lanjutan boleh dijalankan bagi memastikan diagnosis dan penilaian tepat terhadap keadaan kardiotorasik yang melibatkan jantung dan paru-paru. Ujian ini membantu pakar bedah kardiotorasik anda mengenal pasti sebarang masalah asas serta menentukan pelan rawatan yang paling sesuai. Beberapa ujian saringan utama adalah seperti berikut:
Ujian Saringan Jantung
- Elektrokardiogram (ECG): Merekod aktiviti elektrik jantung untuk mengesan sebarang ketidakaturan.
- Ekokardiogram (Echo): Menggunakan gelombang ultrabunyi untuk menghasilkan imej jantung bagi mengenal pasti kelainan struktur atau penyakit jantung.
- Monitor Holter: Peranti mudah alih yang merekod aktiviti elektrik jantung selama 24–48 jam.
- Angiografi Koronari CT (CTCA): Kaedah pengimejan bukan invasif untuk menilai tahap penyempitan atau penyumbatan arteri koronari.
- Ujian Darah: Termasuk Enzim Jantung, Troponin I dan Profil Lipid untuk menilai kesihatan jantung serta mengesan kerosakan jantung.
- Kiraan Darah Penuh: Menilai kesihatan keseluruhan dan membantu mengesan keadaan seperti anemia atau jangkitan.
- Ujian Darah – Protein C-Reaktif (CRP) & Kadar Pengendapan Eritrosit (ESR): Mengukur tahap keradangan yang boleh menunjukkan penyakit jantung.
- Penanda Tumor: Digunakan untuk mengesan potensi tumor kardiak.
Ujian Saringan Paru-Paru
- X-ray Dada: Ujian pengimejan asas untuk memeriksa penyakit paru-paru, jangkitan atau sebarang kelainan.
- CT Toraks: Imbasan terperinci untuk menilai paru-paru dan mengesan keadan seperti kanser, jangkitan atau kelainan struktur.
- Imbasan PET: Kaedah pengimejan khusus untuk mengesan kanser dan amat berguna dalam menilai tumor paru-paru.
Alat diagnostik ini membantu pasukan kardiotorasik kami mengenal pasti masalah jantung atau paru-paru dengan pantas supaya kami dapat memberikan rawatan terbaik yang disesuaikan dengan keperluan anda.
Perkhidmatan Pembedahan Kardiotorasik di Gleneagles Penang
- Cantuman Pintasan Arteri Koronari termasuk Revaskularisasi Arteri Menyeluruh
- Pembaikan dan penggantian injap jantung
- Pembaikan kecacatan jantung kongenital pada kanak-kanak dan orang dewasa
- Aneurisma aorta kompleks yang memerlukan penggantian aorta menaik dan injap aorta, diikuti penanaman semula arteri koronari
- Pembedahan untuk tumor kardiak
- Pembedahan bagi penyakit perikardium – perikardiektomi, saliran, tetingkap perikardium, serta eksisi sista dan tumor perikardium
- Pembedahan Paru-Paru – pembedahan torakoskopi bantuan video (VATS), bronkoskopi, lobektomi, pneumonektomi, rawatan tumor, abses paru-paru dan biopsi paru-paru
- Pembedahan untuk penyakit pleura - dekortikasi, biopsi
- Pembedahan untuk penyakit mediastinum – mediastinoskopi, eksisi tumor mediastinum, timektomi dan goiter retrosternal
- Pembedahan rekonstruksi dinding dada
Risiko dan Kesan Sampingan Pembedahan Kardiotorasik
Pembedahan kardiotorasik melibatkan beberapa risiko berpotensi, termasuk:
- Jangkitan atau pendarahan di tempat pembedahan
- Pembekuan darah
- Strok dan sawan (jarang berlaku)
- Serangan jantung
- Reaksi terhadap anestesia
- Kecederaan pada esofagus, trakea atau saraf
- Mortaliti pembedahan
Penjagaan Pakar Kardiotorasik di Gleneagles Hospital Penang
Pakar bedah kardiotorasik di Gleneagles Hospital Penang komited menyediakan penjagaan terbaik melalui teknologi dan teknik pembedahan jantung serta paru-paru terkini. Jika anda sedang mencari pakar bedah kardiotorasik terbaik di Pulau Pinang, kami sedia memberikan penjagaan pakar yang benar-benar menepati keperluan anda. Hubungi kami hari ini untuk menjadualkan sesi konsultasi bersama salah seorang pakar bedah berpengalaman kami.