Jantung Anda Sangat Penting
Kardiologi adalah bidang kepakaran perubatan yang berkaitan dengan masalah jantung serta organ-organ dalam sistem kardiovaskular. Bidang perubatan ini merangkumi diagnosis dan rawatan masalah seperti kecacatan jantung kongenital, penyakit arteri koronari, kegagalan jantung, penyakit injap jantung dan ritma denyutan jantung tidak normal (elektrofisiologi). Doktor-doktor yang pakar dalam bidang kardiologi, iaitu salah satu cabang perubatan dalaman, dikenali sebagai pakar kardiologi. Pakar bedah yang mengkhususkan dalam pembedahan kardiak, merupakan salah satu cabang pembedahan am, dikenali sebagai pakar bedah kardiak.
Sebagai peneraju dalam bidang kardiologi dan pembedahan kardiak, kami menawarkan perkhidmatan penjagaan jantung dari peringkat awal pengesanan, diagnosis dan juga rawatan.
Hospital Gleneagles Penang mempunyai pakar-pakar kardiak yang berkemahiran tinggi dan berpengalaman, di mana mereka berupaya merawat pelbagai jenis penyakit kardiovaskular serta mengendalikan keperluan penjagaan kesihatan para pesakit dari semua peringkat usia. Pakar-pakar kardiak kami berpengetahuan luas dan mahir dalam pelbagai prosedur perubatan. Mereka memiliki ijazah perubatan lanjutan dan kelayakan dari institusi-institusi pengajian tinggi di London, Edinburgh, Glasgow, Singapura, Australia dan kota-kota besar yang lain.
Perkhidmatan kardiak adalah merupakan salah satu pusat kecemerlangan yang menawarkan perkhidmatan menyeluruh dalam diagnosis dan rawatan pelbagai keadaan kardiovaskular. Perkhidmatan-perkhidmatan yang ditawarkan di Hospital Gleneagles Penang merangkumi teknik tidak invasif sehingga ke prosedur invasif.
Perkhidmatan kami juga merangkumi tetapi tidak terhad kepada:
Dengan pasukan profesional yang berpengalaman luas dan berkemahiran tinggi, kami berupaya menyediakan perkhidmatan terbaik yang bertaraf dunia dalam semua aspek pembedahan jantung dan bahagian dada bagi golongan dewasa dan juga kanak-kanak. Perkhidmatan pembedahan kardiotorasik yang ditawarkan adalah seperti berikut:
Selain daripada itu, kami juga merupakan salah sebuah hospital di Pulau Pinang dan diantara sesetengah pusat perubatan di Malaysia yang berupaya melakukan rawatan yang sangat rumit seperti rekonstruksi endovaskular.
Hospital Gleneagles Penang merupakan antara pusat rujukan bagi perkhidmatan kardiologi untuk kanak-kanak. Kami menawarkan rawatan kepada kanak-kanak yang menghidap penyakit jantung kongenital seperti:
Perkhidmatan pembedahan kardiak pediatrik yang ditawarkan oleh hospital juga merupakan antara yang terbesar di bahagian Utara Malaysia.
Rawatan yang berjaya dan berkesan dimulakan dengan diagnosis yang tepat. Adalah penting untuk mendiagnosis sesuatu keadaan dengan tepat bagi menentukan pelan rawatan yang berkesan untuk para pesakit.
Hospital Gleneagles Penang merupakan antara peneraju dalam bidang kardiologi yang dilengkapi dengan kemudahan yang moden termasuk:
Hospital Gleneagles Penang juga turut mempunyai unit khas untuk diagnostik kardiak di mana semua aspek berkaitan diagnosis kardiovaskular boleh dilakukan. Kemudahan sehenti ini direkabentuk untuk memudahkan urusan merawat kesihatan para pesakit.
Dengan pelbagai makmal katerisasi kardiak yang disediakan, proses rawatan menjadi lebih pantas dan berkesan. Hospital kami juga menampilkan makmal katerisasi kardiak bersayap kembar yang menyediakan khidmat pengimejan 3D yang pantas dan tepat sekaligus membolehkan pakar-pakar memberikan rawatan yang terbaik untuk para pesakit.
MRI 3 Tesla (3T) merupakan pengimbas pengimejan resonan magnetik (MRI) yang canggih membolehkan diagnosis yang lebih tepat, hasil imbasan yang lebih pantas dan terperinci serta imej yang lebih jelas. Dengan pengimbas 3T MRI yang terkini, ia mampu mengatasi segala cabaran yang timbul dalam imbasan MRI abdomen menggunakan teknologi FREEZEit, iaitu ciri-ciri yang membolehkan pemeriksaan pernafasan bebas bagi mereka yang mempunyai masalah menahan pernafasan.
Pengimbas 640 imej CT Toshiba Aquilion One ditempatkan di Jabatan Pengimejan adalah merupakan salah satu pengimbas CT yang diantara paling dinamik dan berevolusi pada masa kini. Selain melakukan pemeriksaan rutin, pengimbas tersebut juga boleh melakukan angiografi CT (CTA) bagi membantu pakar kardiologi menilai arteri dan juga fungsinya.
Kemudahan perkhidmatan revolusi ini membantu pakar kardiologi dan pakar bedah kardiotoraksi dalam mendiagnosis dan merawat pelbagai keadaan penyakit.
Explore to choose the best cardiologist in Penang that suits your specific heart health needs.
Wait a minute
Wait a minute