Apakah itu Pembedahan Invasif Minimum (MIS)?
MIS, atau pembedahan laparoskopik/ pembedahan "lubang kunci", adalah teknik surgeri moden di mana pembedahan dijalankan melalui insisi kecil (biasanya 0.3–1.5 cm) berbanding insisi lebih besar dalam prosedur surgeri tradisional. Sebelum ini, pembedahan dijalankan menerusi insisi besar bagi memudahkan akses dan kebolehlihatan. Namun, MIS telah berkembang kepada peringkat lanjutan dan kini, setiap prosedur terbuka boleh dilakukan menggunakan teknik MIS.
MIS menawarkan beberapa kelebihan:
| ||||||||||||||||||||||||
| ||||||||||||||||||||||||
| ||||||||||||||||||||||||
| ||||||||||||||||||||||||
| ||||||||||||||||||||||||
Kami menawarkan pembedahan invasif minimum merentasi berbilang disiplin termasuk:
Akses dan PemantauanRongga (dada, abdomen atau sendi) diakses menerusi liang kecil dan rongga akan dikembungkan dengan karbon dioksida (selamat dan tidak memudaratkan) untuk memberikan pandangan yang besar dan tidak terhalang oleh organ yang dibedah, kerana organ-organ lain akan dijauhkan daripada tapak pembedahan. Trokar (silinder tiub 5-10 mm) dimasukkan menerusi liang saiz ibu jari, dan skop gentian optik dengan kanta (kamera video pembesar berlampu) di hujungnya, akan dimasukkan melalui salah satu trokar ini. Ini akan menghantarkan imej-imej masa nyata (definisi tinggi) ke monitor TV yang boleh dilihat oleh semua orang dalam bilik pembedahan sementara pakar bedah menjalankan surgeri menggunakan pelbagai instrumen lain. Pemegang jarum panjang (sutur), gunting, instrumen pencekam/diseksi, pisau bedah, hujung sedutan, dll., dimasukkan menerusi liang-liang yang lain. Imej-imej struktur pada monitor akan kelihatan 5 kali lebih besar daripada saiz biasa, untuk memudahkan pembedahan. PemulihanSelepas surgeri, pesakit akan dibawa ke bilik pemulihan sementara menunggu kesan anestesia mereda, sebelum diwadkan untuk penjagaan selepas pembedahan. Penilaian dan rawatan sebelum kanser merangkumi vulvoskopi, kolposkopi dan eksisi gelung. Jika diperlukan, pesakit boleh meminta ubat melegakan sakit seperti:
Selepas surgeri, pesakit mungkin tidak dapat makan atau minum selama beberapa jam dan akan menggunakan titisan intravena. Tempoh pemulihan mungkin berbeza menurut jenis surgeri, tetapi kebanyakan pesakit akan rasa cukup sihat untuk melakukan aktiviti normal dan kembali bekerja dalam masa seminggu selepas surgeri. Doktor anda akan menasihati bila anda boleh menjalankan aktiviti lebih lasak dan bersukan. SusulanPesakit akan diminta datang kembali untuk pemeriksaan susulan selepas keluar dari hospital. Sila berjumpa dengan doktor jika mana-mana simptom berikut didapati:
|
Wait a minute
Wait a minute