Pernahkah anda atau mereka yang tersayang mengalami sakit dada yang teruk, sesak nafas dan lemah secara tiba-tiba? Jika pernah, kami menasihati anda untuk segera berjumpa dengan pakar jantung.
Penyakit kardiovaskular adalah salah satu punca kematian tertinggi di dunia. Ia perlu dikesan awal dan dirawat dengan segera.
Sebagai peneraju dalam mendiagnosis dan merawat penyakit berkaitan jantung, Jabatan Kardiologi Gleneagles Pulau Pinang menawarkan penjagaan jantung dari peringkat awal pengesanan, diagnosis dan rawatan. Pakar-pakar jantung kami dilatih di UK, dan menggunakan teknologi perubatan moden bagi merawat penyakit jantung pesakit dewasa, kanak-kanak mahupun bayi.
Kardiologi adalah bidang perubatan yang merawat masalah gangguan jantung dan sistem peredaran. Bidang ini merangkumi diagnosis dan rawatan perubatan bagi kecacatan jantung, kegagalan jantung, sumbatan arteri, ritma jantung tidak tetap, penyakit saluran darah dan penyakit lain yang berkaitan. Kardiologi turut merangkumi penilaian kesihatan sistem kardiovaskular pesakit dan kesihatan jantung mereka.
Kami berpengalaman dalam merawat berbagai penyakit kardiovaskular, dan menawarkan kaedah rawatan penyakit jantung dan vaskular yang menyeluruh untuk anda atau mereka yang tersayang. Pasukan pakar jantung kami cekap dalam menguruskan keperluan penjagaan kesihatan pesakit dari semua peringkat umur jadi, anda tidak perlu bimbang.
Kumpulan pakar jantung kami adalah terlatih tinggi dan berkemahiran dalam berbagai prosedur perubatan. Mereka memegang sijil perubatan dan kelayakan dari London, Edinburgh, Glasgow, Singapura, Australia, dan lain-lain negara yang terkemuka.
Kami komited untuk membantu memulihkan penyakit kardiovaskular anda sebaik yang mungkin. Ini termasuk menyediakan nasihat selepas rawatan tentang perubahan gaya hidup yang perlu dibuat seperti menguruskan stres, diet dan bersenam.
Kami menawarkan perkhidmatan mendiagnosis menyeluruh bagi pelbagai penyakit kardiovaskular. Ujian-ujian jantung ini merangkumi teknik tidak invasif dan prosedur invasif.
Ujian jantung tidak invasif
Ujian dan terapi jantung invasif
Pasukan profesional, berpengalaman dan berdedikasi kami menyediakan penjagaan bertaraf dunia dalam semua aspek pembedahan jantung dan dada bagi orang dewasa dan kanak-kanak. Kami menawarkan perkhidmatan pembedahan kardiotoraks di bawah:
Selain itu, kami juga adalah salah satu hospital di Pulau Pinang, dan salah satu-satunya pusat di Malaysia yang mampu menyediakan rawatan rumit seperti rekonstruksi endovaskular.
Hospital Gleneagles Pulau Pinang adalah pusat rujukan serantau bagi perkhidmatan kardiologi kanak-kanak. Kami menawarkan rawatan pembedahan untuk kanak-kanak dengan penyakit jantung kongenital seperti:
Hospital Gleneagles Pulau Pinang menempatkan salah satu pusat pembedahan jantung pediatrik terbesar di Utara Malaysia.
Wait a minute
Wait a minute