Perkhidmatan Pembedahan Pergigian | Pakar Ortodontik Terbaik di Kuala Lumpur

Dentist explaining dental model to patient

Apakah itu pakar ortodontik?

Pakar ortodontik ialah pakar pergigian yang menumpukan kepada diagnosis, pencegahan dan rawatan ketidakteraturan gigi serta ketidaksejajaran rahang. Matlamat utama mereka adalah meningkatkan fungsi dan estetik mulut dengan membetulkan masalah gigitan serta meluruskan gigi dan rahang. Pakar ortodontik menggunakan alat seperti pendakap gigi, pelurusan gigi dan peralatan ortodontik lain untuk menggerakkan gigi secara beransur-ansur ke kedudukan yang lebih baik, sekali gus memperbaiki penampilan dan kesihatan mulut secara keseluruhan.

Pembedahan Pergigian dan Prosedurnya 

Pembedahan pergigian melibatkan pelbagai prosedur perubatan yang dilakukan oleh doktor gigi untuk menangani masalah gigi dan gusi. Pembedahan pergigian boleh merangkumi:

  • Rawatan Salur Akar (root canals): Rawatan untuk membaiki dan memelihara gigi yang rosak atau dijangkiti.
  • Salutan (crown): Sarung khas yang diletakkan pada gigi rosak untuk memulihkan bentuk, fungsi, dan kekuatannya.
  • Implan Gigi: Penggantian gigi kekal berbentuk tiruan untuk menggantikan gigi yang hilang dengan rupa dan rasa yang semula jadi.
  • Gigi Palsu: Penggantian gigi boleh tanggal untuk menggantikan gigi hilang serta meningkatkan fungsi dan penampilan.
  • Rawatan Ortodontik: Prosedur seperti pendakap gigi dan pelurusan gigi untuk membetulkan ketidaksejajaran gigi dan rahang.

Prosedur ini membantu memulihkan fungsi dan estetik pergigian, sekali gus memastikan gigi lebih sihat, senyuman lebih yakin dan kesihatan gusi yang berkekalan.

Perkhidmatan Pergigian Pakar dan Kepakaran di Kuala Lumpur

Sedang mencari perkhidmatan pergigian berhampiran anda? Pakar pergigian Hospital Gleneagles Kuala Lumpur menyediakan diagnostik pakar, rawatan dan penjagaan untuk masalah pergigian daripada pemeriksaan rutin biasa sehinggalah prosedur pembedahan yang kompleks. Antara perkhidmatan pergigian utama yang ditawarkan oleh doktor gigi pakar di Hospital Gleneagles KL termasuk:

  • Pencabutan gigi pembedahan dan bukan pembedahan: Penanggalan gigi rosak atau dijangkiti dengan kaedah yang selamat.
  • Prostesis disokong implan: Penggantian kekal untuk gigi hilang dengan hasil yang kelihatan semula jadi.
  • Profilaksis mulut: Pembersihan dan penyelenggaraan profesional untuk gusi dan gigi yang lebih baik.
  • Pengetaman akar (root planning): Rawatan untuk penyakit gusi dan mengekalkan kesihatan mulut.
  • Prosedur pemulihan: Termasuk tampalan putih estetik dan rawatan pergigian kosmetik.
  • Pemutihan gigi: Rawatan yang selamat dan berkesan untuk mencerahkan senyuman anda.
  • Venir: Penutup yang direka khas untuk gigi untuk menambah baik penampilan.
  • Penskaleran (scaling) dan pengetaman akar: Rawatan penting untuk pencegahan penyakit gusi.
  • Rawatan penyakit gusi: Menangani dan merawat jangkitan gusi dan keradangan.
  • Rawatan fluorida: Menguatkan enamel untuk melindungi daripada pereputan.
  • Endodontik: Rawatan khusus, termasuk terapi saluran akar untuk memelihara gigi.
  • Pergigian pediatrik: Rawatan khusus untuk kanak-kanak termasuk pulpotomi, tampalan, alat hentikan tabiat menghisap ibu jari, pembetulan gigitan silang, rawatan lengkung sempit dan sapuan pengedap fluorida.

Perkhidmatan ini bertujuan untuk meningkatkan kesihatan pergigian, memulihkan kefungsian dan meningkatkan penampilan senyuman anda, memberikan kesihatan mulut jangka panjang.

Mengapa Memilih Hospital Gleneagles untuk Penjagaan Pergigian di KL?

Di Hospital Gleneagles Kuala Lumpur, klinik pergigian kami dilengkapi dengan teknologi terkini yang menyokong pakar pergigian kami dalam meningkatkan perancangan rawatan dan menyediakan penjagaan berkualiti tinggi. Sebagai penyedia penjagaan kesihatan yang terkemuka, kami menawarkan penjagaan pergigian yang komprehensif dalam persekitaran hospital, memastikan standard rawatan dan keselesaan pesakit yang tertinggi. Teknologi canggih kami membolehkan visualisasi keadaan pergigian yang tepat dan perancangan rawatan yang berkesan.

Sama ada anda sedang mencari klinik pergigian terbaik di KL untuk pemeriksaan rutin atau rawatan pergigian yang kompleks seperti pendakap gigi atau implan pergigian, pakar pergigian Hospital Gleneagles Kuala Lumpur adalah rakan kongsi anda yang dipercayai dalam kesihatan mulut.

Pakar Pergigian Terbaik di Hospital Gleneagles Kuala Lumpur

Sama ada anda sedang mendapatkan rawatan untuk kehilangan gigi, mempertimbangkan implan pergigian atau memerlukan pakar ortodontik di KL untuk pendakap gigi lut sinar, pakar pergigian berpengalaman di Hospital Gleneagles Kuala Lumpur sedia untuk membantu. Buat janji temu di klinik pergigian kami di Kuala Lumpur hari ini untuk mendapatkan perkhidmatan pergigian terbaik di Lembah Klang.

Pakar Pergigian Terbaik di Kuala Lumpur

Di Hospital Gleneagles Kuala Lumpur, pasukan pakar pergigian bertauliah kami komited memberikan penjagaan terbaik, dirancang khusus untuk memenuhi keperluan dan keselesaan anda. Daripada pakar ortodontik hingga pakar implan, pasukan kami sedia menawarkan pelan rawatan dan penyelesaian yang disesuaikan khusus untuk anda. Buat janji temu hari ini untuk berunding dengan salah seorang pakar pergigian terbaik di Hospital Gleneagles KL dan mulakan langkah pertama menuju kesihatan pergigian yang lebih optimum.

loading-icon
Muat lagi
Loading...

Wait a minute

Image Popup
Loading...

Wait a minute

Image Popup