Masalah kesihatan wanita dan kanak-kanak perlu ditangani dengan sepenuh sensitiviti dan pemahaman. Pasukan doktor kami yang berkemahiran tinggi dalam bidang Obstetrik, Ginekologi dan Pediatrik, dibantu oleh jururawat yang terlatih dalam Penjagaan Rapi Neonatal, Perbidanan & Penyusuan, Pediatrik serta Ginekologi.
Pasukan berbilang disiplin ini komited untuk menyediakan rawatan yang disesuaikan, dalam persekitaran bertumpuan keluarga yang menyenangkan.
Penjagaan obstetrik dan ginekologi yang boleh anda percayai
Dedikasi kami kepada ibu mengandung bermula pada awal kehidupan itu sendiri. Diketuai oleh pasukan perunding kami yang berkemahiran tinggi dan berpengalaman dalam bidang Obstetrik & Ginekologi dan Pediatrik, pasukan perkhidmatan bersalin di Gleneagles
Hospital Kota Kinabalu komited dalam memberikan penjagaan yang selamat dan berkualiti kepada semua pesakit.
Jururawat kami yang ramah dan berpengalaman dilatih khas dalam penjagaan neonatal, perbidanan dan penyusuan untuk memberikan penjagaan optimum untuk bayi baru lahir anda.
Apabila anda mendaftar untuk mendapatkan pakej bersalin di Gleneagles Hospital Kota Kinabalu, anda akan sentiasa mendapat jaminan kualiti perkhidmatan dan rawatan yang berpengalaman dalam bidang Obstetrik & Ginekologi dan Pediatrik berikut:
Wait a minute